Saturday 9 January 2016

Bismillahirrahmanirrahim..

Lamanya x bukak blog ni.. Semenjak jd surirumah ni x berkesempatan nk update blog.. Bila tgk profile "eh..anak aku bru 3.. Cepatnya ms berlalu.. Alhamdulillah da bertambah jd 5 skg ni. Syukur.."

Jd surirumah ni mmg kna bijak bahagikan masa.. Thn 2016 ini je da 3 org bersekolah. Syamiel ngn Alya da sek keb.. Aleesya 5y/o still @Pasti. Cabaran dlm membesarkn anak2 ni mmg byk. Dgn kos sara hidup yg makin tinggi belum ditambh dgn pelbagai mslh mmg amat menguji..

Dugaan demi dugaan dtg.. Tp biasanya setiap yg blku ada hikmahnya. Wlpn sentiasa positif dlm menghadapi kesukaran hidup tp biasalah klu dah nmnya perempuan,pasti ada sekelumit perasaan utk senang spt insan lain.. Ingin adakan apa kemahuan anak (dr sudut keperluan shj krn xkan sesekali aku ajarkn utk bermewah2)
Yang penting aku kena yakin bhw rezeki dtgnya dr Allah. Andai kita berusaha kita akan berjaya.

Semoga aku tabah dlm membesarkan anak2 syurga yg aku sayangi. 

Buat kakak iman,syamiel,aleesya,hannah & naeem "wlpn adakalanya mama ni garang n sllu bising,tp yakinlah bhw mama sygkan kalian. Bising2 mama adalah utk mendidik dan jadikan kalian insan hebat dihati mama. Saat babah kerja jauh kalian jugalah penguat mama.. Tanpa kalian hidup mama x bermakna.. Mama syg kalian!!"